Sunday, July 1, 2012
Human Brain Analysis - Man vs. Woman......A MUST READ!
Posted by azlan5h30a at 7:20 AM 0 comments
Saturday, February 11, 2012
Konspirasi Perubatan Sel Kanser di Dunia!!
Pada tahun 1972, presiden Amerika Syarikat yang bernama Richerd Nicksen telah meluluskan bajet sehingga berbilion-bilion dolar US kepada industri farmaseutikal, syarikat dan organisasi kajian perubatan untuk mencari penawar penyakit kanser. Program ini dinamakan world on cancer. Walaupun lebih 35 tahun telah berlalu penawar masih belum dijumpai. Adakah pihak-pihak tertentu sedang giat mencari penawar kanser atau mereka sebaliknya sedang giat mencari perubatan yang boleh memberi keuntungan melalui penyakit kanser??..
Kenapa penawar-penawar (vitamin B17) ini tidak disebarkan di seluruh dunia??
-Mereka mendakwa kajian mereka diketepikan kerana keberkesanan penawar-penawar ini akan menjejaskan industri perubatan moden.
-Sebagai contoh pusat perubatan atau pakar doktor akan beruntung sekurang-kurangnya 200,000 US dolar bagi setiap seorang yang mula menghidap penyakit kanser sehingga kematiannya. Jikalau kesemua pesakit kanser sembuh. Keuntungan mereka akan hilang. Termasuk industri-industri farmaseutikal serta industri yang berbelanja berbilion-bilion untuk mengeluarkan mesin MRI, mesin Cad Scan, mesin sinar x dan banyak lagi komponen untuk pesakit kanser.
Setiap tubuh badan manusia mempunyai sel-sel kanser. Sel-sel kanser ini tidak dapat dilihat dengan peralatan perubatan moden kerana bilangan sel-sel kanser tersebut belum berganda sehingga berbilion-bilion sel. Apabila doktor memberitahu seseorang yang menghidap kanser bahawa ia tidak mempunyai sebarang sel-sel kanser di dalam tubuh badannya selepas rawatan, ini hanya bermakna sel-sel kanser ini belum lagi berganda pada bilangan yang boleh dikesan.
Dua jenis penawar untuk merawat pesakit kanser setakat ini yang paling aktif di dunia ini:
1)Blood electrification-alat yang direka oleh Dr. Steven Kaali dan Dr. Wiliam Lyman pada 1990. Menggunakan arus elektrik untuk mensterilkan darah. Peralatan ini direka untuk pesakit HIV aids. Alat ini menggunakan arus elektrik sebanyak 50-100 microampere. Partikel virus HIV dapat dilemahkan akibat arus elektrik yang mana lapisan protein yang melindungi sel ini dihapuskan dan sel darah tetap berfungsi seperti biasa. Apabila virus HIV dilemahkan, sel darah putih dapat menghapuskannya.
2)Penawar semula jadi- boleh didapati dengan banyaknya pada lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan di seluruh dunia. Compound ini ialah vitamin B17 atau secara kimia semula jadi ia dinamakan Nitriloside. Vitamin B17 yang mempunyai konsentrasi tinggi boleh didapati pada biji buah-buahan seperti biji buah apricot, biji apple, biji anggur, biji buah bery liar dan sebagainya. Rumput-rumput dan tumbuh-tumbuhan seperti maze, milet, kasava dan banyak lagi tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan mengandungi B17 yang tinggi.
Blood electrification dan Vitamin B17 untuk merawat pesakit kanser, mempunyai 95% keberkesanannya. Malah pihak-pihak perubatan seperti National Health Institute di Amerika mengabaikan perubatan sebegini kerana mendakwanya sebagai satu penipuan besar.
Ada juga beribu-ribu nyawa dapat diselamatkan dari penyakit kanser selepas rawatan Laetrile, ramai yang menceritakan sejarah mereka dalam buku-buku, majalah serta laman web mereka. Pihak agensi perubatan atau agensi kerajaan tidak akan menghukum pesakit-pesakit ini yang mendedahkan sejarah mereka tentang rawatan Laetrile malah agensi perubatan akan menyiasat doktor-doktor yang merawat pesakit tersebut dan bertindak menggantungkan lesen mereka sebagai doktor atau disingkirkan dari hospital. Ramai doktor yang mengamal rawatan Laetrile digantung lesennya akan berpindah ke negara mexico. Di negara Mexico terdapat ramai pakar penyakit kanser yang mengamal rawatan Laetrile. Agensi perubatan kerajaan Mexico tidak peduli dengan konspirasi rawatan moden dengan rawatan Laetrile. kerajaan mexico juga turut memberi perhatian perubatan sebegini kerana berpuluh-puluh ribu pesakit kanser dari merata dunia akan berkunjung ke mexico untuk mendapat rawatan.
Rawatan kanser alternatif menggunakan kaedah semula jadi, perubatan tradisional, china jingsay, akupunktur, ayurvida, homeopati, naturopati dan herba masing-masing mempunyai kaedah mereka tersendiri. Rawatan kanser secara alternatif mahupun ortodok sebenarnya penuh dengan sejarah dan kontroversi sejak tahun 1700. Satu contoh yang paling masyhur ialah kegunaan vitamin c. Vitamin C yang disuntik ke dalam tubuh badan pesakit kanser 10 gram sehari secara iv atau drip boleh memanjangkan hayat pesakit kanser sehingga 6 kali atau lebih. Kajian ini dilakukan oleh Dr. Lynes Pauling dan Dr. Ewan Cameroon pada tahun 1936. Pauling dan Cameroon yang telah dianugerahkan nobel prize sebanyak 2 kali dan kajian mereka telah diterbitkan secara besar-besaran, malah ACS atau Amerika Cancer Society tidak menerima rawatan sebegini. Ini adalah kerana NIH atau National Institute Health di A.S telah membuat kajian klinikal mereka sendiri dan rawatan ini dilihat sebagai tidak efektif. Bertahun-tahun kemudian 500 kakitangan NIH disabitkan kesalahan mengambil rasuah dari syarikat farmaseutikal, sehingga hari ini ACS dan NIH tidak melihat rawatan semula jadi vitamin c secara iv sebagai mustahak dalam rawatan ortodok moden.
Pujilah Allah dan jangan kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun, berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, tetangga terdekat, tetangga jauh, orang-orang dalam perjalanan dan kepunyaan tangan kananmu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri ( Surah An-nisa: 36)
Posted by azlan5h30a at 7:54 AM 0 comments
Monday, March 28, 2011
KES ROGOL GADIS BAWAH UMUR MELIBATKAN RAHIM THAMBY CHIK TAHUN 1994 DIBONGKAR..!!!!!!!!!
salam kepada semua....
Mungkin ada di antara kita yang masih ingat tetapi semakin lupa akan penderitaan yang ditanggung oleh nenek bernama Pendek binti Ahmad yang mengetahui akhirnya cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol oleh Ketua Menteri Melaka waktu itu, RAHIM TAMBY CHIK! Dibawah dipaparkan kembali apa yang sebenarnya berlaku, 18 tahun lalu!
Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997
Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997 adalah perbicaraan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Sebaliknya, Tan Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun. Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau terpaksa meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.
Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak.
Murid perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan. Lim mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid itu, yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta pertolongan.
Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.
Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun.
Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik. Lim berkata: "... saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita.
Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggapi sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas."
Amnesty Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani". Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu berkata: "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol anda dengan teliti...
Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"
Ulang siar kenyataan nenek kepada mangsa rogol Rahim Tamby Chik
Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:
Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.
Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.
Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.
Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.
Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.
Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.
Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.
Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-
Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara
kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol
oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik
“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.
Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”
Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.
Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.
Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.
Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.
Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.
Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.
Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Malaysia
sumber:asri blogspot
Posted by azlan5h30a at 11:36 PM 0 comments
Thursday, June 24, 2010
RESEPI KOMET HELLY
Hari ini kita akan hasilkan sebuah komet,kita mula dengan menuangkan air didalam mangkuk,air digunakan kerana komet terbentuk daripada ais air,kemudia kita tambahkan beberapa sudu teh debu(komet mengandungi banyak debu,debu terdiri dari pelbagai jenis galian yang mengandungi banyak unsur berat seperti besi),kemudian kita tambah sedikit sirap jagung yang mengandungi carbon,hidrogen dan oksigen yang boleh dijumpai didalam komet,selepas itu kita tambah sedikit bahan pencuci tingkap(bahan utama didalam pencuci tingkap adalah ammonia,juga bahan kimia yang biasa ditemui didalam komet,kita gaulkan semua bahan ini didalam mangkuk adunan,sekarang kita boleh mula campurkan ais kering,akhir sekali semua bahan campuran tadi dimasukkan kedalam beg plastik untuk dibekukan.Inilah dia komet kita,seperti komet yang betul,ia bukannya berbentuk bulat,ia berbonjol-bonjol,berceracak dan dilitupi debu,jika kita gunakan cahaya lampu sebagai pengganti cahaya matahari,kita boleh nampak kesan cahaya matahari ini terhadap komet ini,apa yang berlaku ialah cahaya yang panas itu mula menyejatkan gas,semasa komet bergerak mengelilingi matahari,haba dari matahari mula mengewapkan sesetengah bahan organiknya yang mudah meruap dan ia mula kehilangan dalam ekor panjang yang boleh menganjur jauh dari komet itu.Selamat mencuba resepi komet ini.....ttt
Posted by azlan5h30a at 3:12 AM 0 comments
Saturday, June 5, 2010
VITAMIN B17 DAN KEBAIKANNYA
Pada episod kali ini, kita akan mengetahui vitamin b17 yang dikatakan efektif untuk merawat pesakit kanser.
Secara semula jadi Vitamin B17 dinamakan nitriloside tetapi secara kimia dan lebih pekat bahan ini dinamakan laetrile. Laetrile mempunyai 4 elemen iaitu 2 elemen gula, 1 elemen cyanide dan 1 elemen benzaldehyde. Elemen cyanide adalah toksin dan walaupun pada dos yang kecil ia boleh membunuh seorang manusia dewasa. Benzaldehyde juga toksin dan ddapat membunuh walaupun dos yang kecil, jikalau 2 elemen ini disatukan toksinfikasinya akan menjadi 100 kali ganda lebih toksin kepada tubuh badan manusia. Tetapi 4 elemen didalam vitamin B17 ini terkunci ketat dan ia tidak merbahaya kepada kesihatan manusia.
Posted by azlan5h30a at 8:42 AM 0 comments
Body in numbers siri 2
Kajian berdasarkan angka:
1)sperma=saiznya 2/1000 daripada seinci
=terbentuk didalam 547 ela sistem tiub
=24 kaki jaraknya untuk sperma ke ovum
=pergerakannya 28 batu sejam
=36 jam selepas persenyawaan,ovum akan membahagi
2)kapilari=terdapat 40 bilion didalam badan
=kalau disusun panjangnya akan menjadi 62000 batu
=jaraknya boleh mengelilingi 2.5 kali dunia
=1/20 dari ketabalan rambut manusia
Posted by azlan5h30a at 3:00 AM 0 comments
Friday, June 4, 2010
SEL KANSER PART I
Kanser adalah penyakit yang membawa maut kedua terbesar didunia. Di AS 50% daripada kaum lelaki dan 25% daripada kaum wanita dianggarkan menghidap penyakit kanser. Pada masa kini berjuta-juta orang dibelenggu penyakit kanser atau telah pulih dari penyakit kanser namun ada terdapat banyak cara untuk mengelak dari menghidap penyakit kanser.
Sel kanser didalam tubuh badan manusia ialah sel-sel luar biasa atau abnormal sel yang berganda secara tidak terkawal. Sel-sel tubuh badan yang biasa hidup ianya berganda dan mati secara terkawal, apabila kita masih muda sel-sel yang paling mustahak ditubuh badan kita akan berganda lebih kerap sehingga kita mencapai peringkat dewasa. Apabila kita dewasa, sel-sel ini hanya berganda untuk menggantikan sel-sel yang telah mati, lemah atau mengubati luka-luka. Sel-sel kanser pula tumbuh dan berganda sepanjang hayat, sel-sel ini akan berganda ketahap yang melampau dan fenomena ini akan terbentuk tumor.
Posted by azlan5h30a at 2:42 AM 3 comments