CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
http://azlan5h30.blogspot.com

Saturday, June 5, 2010

VITAMIN B17 DAN KEBAIKANNYA

Pada episod kali ini, kita akan mengetahui vitamin b17 yang dikatakan efektif untuk merawat pesakit kanser.

Secara semula jadi Vitamin B17 dinamakan nitriloside tetapi secara kimia dan lebih pekat bahan ini dinamakan laetrile. Laetrile mempunyai 4 elemen iaitu 2 elemen gula, 1 elemen cyanide dan 1 elemen benzaldehyde. Elemen cyanide adalah toksin dan walaupun pada dos yang kecil ia boleh membunuh seorang manusia dewasa. Benzaldehyde juga toksin dan ddapat membunuh walaupun dos yang kecil, jikalau 2 elemen ini disatukan toksinfikasinya akan menjadi 100 kali ganda lebih toksin kepada tubuh badan manusia. Tetapi 4 elemen didalam vitamin B17 ini terkunci ketat dan ia tidak merbahaya kepada kesihatan manusia.


Untuk membuka dan mengasingkan 4 elemen ini sesuatu enzim diperlukan. Secara semulajadi enzim ini dinamakan betaglucosidase yang tidak terdapat dimana-mana tubuh badan manusia. Enzim ini hanya terdapat didalam sel kanser sahaja, maknanya apabila vitamin B17 berada didalam tubuh badan ia akan meliputi sel kanser dan secara semulajadi, elemen cyanide dan benzaldehyde akan diasingkan lalu membunuh sel kanser dan hanya sel kanser sahaja.

Tubuh badan kita juga mempunyai enzim yang dinamakan Rhodenase yang akan menukarkan elemen cyanide daripada B17 yang berlebihan kepada elemen yang positive untuk kesihatan sel-sel tubuh badan. Kesimpulannya vitamin B17 mempunyai elemen yang boleh membunuh sel kanser dan elemen yang boleh menyihatkan sel-sel tubuh badan. Inilah sesuatu bahan yang semulajadi yang boleh didapati pada tumbuh-tumbuhan, bijirin dan buah-buahan tetapi oleh kerana ia adalah bahan semulajadi, pihak farmasiteukal dan ahli-ahli perubatan tidak boleh dihakmiliki atau dikawal, harga perubatan tidak boleh mencecah sehingga beratus-ratus ringgit dan jikalau semua insan ini sihat dan tidak berpenyakit terutamanya penyakit kanser yang merupakan penyakit kedua terbesar didunia, hospital-hospital, pusat-pusat perubatan dan industri-industri perubatan akan muflis.

Semua maklumat ini diketahui oleh pihak doktor dan pihak perubatan semenjak pada tahun 1940. Paracetamol (panadol) atau aspirin adalah 20 kali lebih toksin daripada laetrile pada dos yang sama. Kajian juga membuktikan laetrile adalah kurang toksik daripada gula.

Soalan yang paling mustahak iaitu adakah laetrile (vitamin B17) benar-benar mengawal penyakit kanser, jikalau ia boleh adakah maklumat ini mempunyai dakwaan statistik, semua organisasi perubatan atau pusat perubatan tidak mempunyai dakwaan ini. Mereka semua bergantung kepada laporan kajian yang dibuat pada tahun 1953 oleh Recancer commetion hasil kajian dari California. Laporan ini menyatakan laetrile tidak berkesan terhadap sel-sel kanser dengan laporan ini semua agensi kerajaan diminta mengharamkan laetrile. Laetrile tidak boleh
dipasarkan, dibeli dan disimpan. Laporan ini disediakan oleh pengerusi komiti, Dr Ear McDonald dan setiausaha komiti, Dr Henry Garlen. Ada terdapat 7 lagi ahli komiti yang turut menyediakan laporan ini tetapi tiada 1 daripada mereka termasuk Dr Garlen dan Dr McDonald yang pernah menggunakan dan menguji keberkesanan laetrile.

Pada masa itu juga Dr Ear McDonald juga telah membuat laporan bahawa tabiat merokok tidak membahayakan kesihatan terutamanya penyakit kanser paru-paru. Beliau juga menyatakan bahawa menghisap rokok 40 batang sehari adalah reaksi yang tidak merbahaya. Beliau juga menyatakan sekotak rokok sehari boleh mencegah penyakit kanser paru-paru. Inilah seorang doktor yang bekerja diagensi kerajaan di Amerika, dialah doktor yang bekerja bersungguh-sungguh untuk mempromosikan tabiat merokok tetapi dalam masa yang sama mengharamkan laetrile (vitamin B17). Inilah dunia perubatan yang sungguh kontrovesi.

10 tahun kemudian laporan dan ujian klinikal ini disiasat oleh pihak media, mereka mendapati Dr Garlen dan Dr McDonald telah menipu didalam laporan mereka. Ujian klinikal mendapati bahawa sel-sel kanser akan mati sekiranya didedahkan kepad cecair laetrile (vitamin B17), malah laporan Dr Garlen dan Dr MacDonald menyatakan sebaliknya. Pihak media juga menyatakan bahawa semasa ujian klinikal dilakukan para saintis cuba sedaya upaya untuk membebaskan elemen hydrogen cyanide tetapi semuanya gagal. 2 bulan kemudian semua pusat kajian kimia dan pusat kajian perubatan dibawah naungan kerajaan menyatakan bahawa statement ini adalah salah dan elemen hydrogen cyanide adalah bebas didalam laetrile. Pihak media juga meminta keterangan terhadap dos yang diberikan terhadap pesakit sewaktu ujian klinikal.

Kerana dos yang sesuai kepada seorang dewasa ialah 30-40 gram laetrile sehari untuk pesakit kanser yang terlanjut. Malah ujian klinikal dicalifornia ini hanya menggunakan sejumlah 2 gram yang dibahagikan dengan 12 suntikan dalam lingkungan masa 12 hari, maknanya setiap suntikan mempunyai 1/6 gram cecair laetrile berbanding dengan 30 gram dos yang patut diberikan kepada pesakit kanser. Ini satu daripada berpuluh-puluh contoh dimana laetrile diketepikan, diharamkan atau diberi laporan kajian yang salah. Di AS, mana-mana doktor yang menggunakan laetrile (vitamin B17) untuk merawat pesakit kanser akan digantung lesen atau dibuang kerja terus dari hospital tersebut. Hakikatnya telah ramai yang menggunakan laetrile untuk merawat kanser dan kerajaan Mexico menggalakkan penggunaan laetrile untuk merawat kanser dan ramai rakyat-rakyat negara lain pergi ke Mexico untuk mendapatkan rawatan kanser. Kalaulah Dr Leow Tiong Lai (Menteri Kesihatan sekarang) cakna dengan isu ini dan tidak hanya memikirkan jawatan didalam MCA sebagai Timbalan Naib Presiden, penyakit kanser bukan lagi masalah di Malaysia seperti mana negara Mexico, kerajaan mereka menggalakkan laetrile(vitamin B17)..

Bersambung diepisod seterusnya, bagaimana haiwan liar tidak menghidap penyakit kanser sedangkan haiwan peliharaan mudah mengidap penyakit kanser...

0 comments: