CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
http://azlan5h30.blogspot.com

Friday, June 4, 2010

SEL KANSER PART I

Kanser adalah penyakit yang membawa maut kedua terbesar didunia. Di AS 50% daripada kaum lelaki dan 25% daripada kaum wanita dianggarkan menghidap penyakit kanser. Pada masa kini berjuta-juta orang dibelenggu penyakit kanser atau telah pulih dari penyakit kanser namun ada terdapat banyak cara untuk mengelak dari menghidap penyakit kanser.

Sel kanser didalam tubuh badan manusia ialah sel-sel luar biasa atau abnormal sel yang berganda secara tidak terkawal. Sel-sel tubuh badan yang biasa hidup ianya berganda dan mati secara terkawal, apabila kita masih muda sel-sel yang paling mustahak ditubuh badan kita akan berganda lebih kerap sehingga kita mencapai peringkat dewasa. Apabila kita dewasa, sel-sel ini hanya berganda untuk menggantikan sel-sel yang telah mati, lemah atau mengubati luka-luka. Sel-sel kanser pula tumbuh dan berganda sepanjang hayat, sel-sel ini akan berganda ketahap yang melampau dan fenomena ini akan terbentuk tumor.


Bagaimana sel kanser terbentuk??

Sel-sel kanser terbentuk kerana kerosakan terhadap DNA kita. DNA ialah bahan yang paling mustahak didalam semua sel-sel manusia.setiap tubuh badan manusia mempunyai sel-sel kanser. sel-sel kanser ini tidak dapat dilihat dengan peralatan moden kearana bilangan sel-sel tersebut belum berganda sehingga berbilion-bilion sel. Apabila doktor memberitahu seseorang yang menghidap kanser bahawa ia tidak mempunyai sebarang sel-sel kanser didalam tubuh badannya selepas rawatan, ini hanya bermakna sel-sel kanser ini belum lagi berganda pada bilangan yang boleh dikesan. Jikalau DNA rosak tubuh badan secara semulajadi boleh membaikinya, tetapi DNA didalam sel-sel kanser tidak boleh diperbaiki. Seseorang boleh mewarisi DNA yang rosak daripada ibu bapanya tetapi kemungkinan besar kerosakan DNA adalah disebabkan cara kehidupan yang tidak sihat seperti tabiat merokok, alcohol atau tekanan hidup atau stress.

pesakit kanser juga boleh dikatakan mempunyai kadar nutrisi tubuh badan yang rendah,ini adalah disebabkan oleh tekanan hidup, cara dan tabiat pemakanan serta cara hidup ,alam sekeliling atau secara genetik. Untuk mengatasi masalah ini kita harus menukar atau mengamalkantabiat, cara pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

Antara kesan negatif peralatan moden didalam mengubati kanser ialah:

  1. Kemoterapi adalah kaedah perubatan yang meracuni dan membunuh sel-sel kanser. Kaedah ini juga membunuh sel-sel sihat yang giat berganda didalam sum-sum tulang, radang perut dan usus kecil. Kemoterapi juga akan mengakibatkan kerosakan kepada organ-organ kita seperti hati, buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya.
  2. Radiasi dan kemoterapi pada mulanya akan menunjukkan kesan yang positif dimana saiz tumor akan mengecut tetapi lama kelamaan kaedah perubatan ini tidak akan menunjukkan sebarang kesan terhadap tumor kerana sel-sel kanser juga akan membina imunitinya tersendiri. Sel-sel kanser juga boleh mutasi kepada sel-sel yang lebih agresif dan sukar dihapuskan.
  3. Pembedahan atau surgery untuk membunag tumor-tumor kanser ini menyebabkan sel-sel kanser berpindah keorgan atau lokasi yang lain ditubuh badan

Apabila tubuh badan kita dipenuhi dengan toksin hasil daripada kemoterapi, sistem imunisasi kita akan dilemahkan atau dihapuskan.Tubuh badan kita ketika itu juga akan terdedah kepada berjenis-jenis penyakit, jangkitan atau komplikasi. Kaedah atau cara paling efektif untuk menghapuskan sel-sel kanser adalah menahan pemakanannya, sel-sel kanser memerlukan makanan yang tertentu untuk berganda.

Makanan sel-sel kanser dan disertakan penggantinya:

  • gula adalah makanan utama sel-sel kanser,pengganti gula yang semulajadi dan paling baik didunia adalah madu,madu car atau sirap maulycis.
  • susu menyebabkan tubuh badan kita membuat mucus atau lendir disaluran gasterol entistenal.Lendir ini adalah makanan sel-sel kanser,untuk penyakit kanser pengganti susu adalah susu kacang soya yang tidak mengandungi gula.
  • sel-sel kanser hidup berleluasa dipersikataran tubuh badan yang berasid,daging lembu dan kambing tinggi dengan protein dan ia juga bersifat asid.Gantikan diet daging dengan ikan atau ayam.Daging lembu juga mempunyai antibiotik untuk binatang ternakan,hormon untuk pembasaran dan berjenis-jenis parasite yang berbahaya kepada tubuh badan manusia terutama sekali penyakit kanser.
  • kopi,teh dan coklat mempunyai kadar caffein yang tinggi,caffein tidak baik untuk kesihatan tubuh badan,terutama sekali pesakit kanser,penggantinya teh hijau yang turut mempunyai sifat antikanser.
  • Air pili mempunyai toksin dan galian heavymetal yang tidak baik untuk kesihatan. Minumlah air yang ditapis seperti air mineral, reverse osmosis. Air pili yang dipanaskan sehingga mendidih hanya membunuh kuman-kuman tertentu, toksin dan galian heavy metal akan bertambah kepekatannya. Elakkan minum air suling atau distilled water kerana ia mempunyai kadar ph berasid yang tinggi.

Protein daging lembu dan kambing sukar untuk dihadam. Ia memerlukan banyak enzim penghadaman, malah serpihan daging yang tidak dapat dihadam akan tertinggal diusus kecil lalu menjadi busuk dan bertoksin. Sesungguhnya ini adalah makanan yang dinanti-nantikan oleh sel-sel kanser. Dinding sel kanser juga terbina daripada protein yang kuat, dengan mengelakkan memakan daging, enzim-enzim penghadam akan digunakan untuk memecah dinding protein ini, apabila dinding ini dihapuskan, sel-sel kekebalan tubuh badan turut akan memusnahkan sel-sel kanser sekali gus.

untuk episod sel kanser bahagian dua, kita akan menerangkan sejenis compound natural(vitamin b17) yang dapat merawat sel kanser secara efektif.........

3 comments:

dr ewan said...

bestnya!!!!
teruskan penerangan tentang vitamin b17 tu.

.....Ijat... said...

nih dah boleh g tukar ke bidang farmasi nih...:)..

azlan5h30a said...

ewan:thanks support
ijat:dulu dapat farmasi kat acms,tapi tak pi la...chemical pun ade biotech gak..hehe