CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
http://azlan5h30.blogspot.com

Tuesday, June 1, 2010

PETA CINTA'S

kenapa manusia bercinta dengan orang tertentu?

-Bila imej terkina retina, isyarat akan dihantar kebelakang otak dimana tempat kita menyimpan maklumat tentang penglaman sensori. Diantara 5-8 tahun kita mula membina peta cinta, senarai separa sedar tentang ciri fizikal, kelakuan dan budaya yang kita lebih sukai. Setelah kita membesar dan menemui seseorang yang mirip senarai peta cinta tersebut, kita akan mula jatuh cinta. Kita gunakan otak untuk melihat, imej yang kita lihat akan dihantar dibahagian depan otak, dibahagian atas mata, dimana imej seksual ditafsirkan.

-Jika otak kita memutuskan imej seseorang itu mengujakan, sel saraf akan merangsang hipotalamus dibahagian otak yang mengeluarkan hormon mengawal keinginan fizikal. Hormon akan merebak kesistem peredaran lalu menyebarkan perasaan tenang dan senang diseluruh badan.

-Dalam tubuh lelaki, hormon testosteron akan berubah menjadi sejenis larutan kimia yang dipanggil endrosteron. Endrosteron akan di bawa oleh peluh ke permukaan kulit. Larutan ini akan dimakan oleh bakteria halus yang berada pada kulit lalu mengeluarkan bau yang sedap dan dikenali sebagai wasap. Wasap itu mempunyai isyarat kimia tanpa bau yang dinamakan firomon yang boleh dikesan oleh alat vomirosvessel (kantung kecil yang terletak dalam rongga hidung), alat primitif ini tiada hubungan dengan deria bau, ia menghantar isyarat terus ke otak primitif tanpa melalui otak yang lebih tinggi supaya persepsi firomon separa sedar menentukan siapa kita mula-mula tertarik.

-Kesimpulannya bila kita jatuh cinta, badan kita akan mengeluarkan hormon amfitamin yang akan meningkatkan hiperaktiviti, sebab itu orang bercouple mereka takkan penat ulang alik dari kk4/kk2 ke kk1/kk3 untuk berjumpa dengan makwe/pakwe walaupun berjalan kaki dan meredah panas terik, hujan lebat, ribut petir berkuasa tinggi kerana disebabkan hormon amfitamin. Oleh yang demikian berhati-hatilah ketika bercouple kerana bila clash, kedua-dua pasangan tadi akan murung kerana hormon amfitamin sudah tiada dan semua kerja susah untuk dilakukan dengan baik..bersambung diepisod seterusnya

2 comments:

Unknown said...

menanti smbungan nye...
tersenyum sorg2 kala mmbace nye... hik3x

azlan5h30a said...

thanks morningcoffee..lps ni continue dgn crte yg lebih menarik.....