CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
http://azlan5h30.blogspot.com

Wednesday, June 2, 2010

APA PENTINGNYA LOYA KETIKA PREGNANT???

Mengapa wanita mengalami loya dan mengidam sesetengah makanan ketika pregnant??

Tumbuhan mempunyai kimia beracun sebagai senjata melawan kulat dan serangga daripada memakannya, tetapi kulat dan serangga mempunyai enzyme yang dapat meneutralkan kimia beracun tersebut apabila memakannya, begitu juga dengan manusia, tetapi kimia beracun ini tidak baik kepada si ibu dan bayi dalam kandungan. Kebanyakan kimia racun ini kekal walaupun tumbuhan tersebut diproses untuk dijadikan rempah dan kopi. Jadi sebagai naluri (rasa loya) dan fugsi perlindungan bagi embrio dan ibu, inilah sebab wanita hamil tidak suka sesetengah benda, amat menarik kerana kimia racun tersebut tidak ada didalam roti dan pasta, mungkin ini menyebabkan wanita mengidamkannya.

70% wanita hamil lebih sensitive terhadap rasa dan bau tertentu melalui kajian yang dijalankan. Makanan bergoreng dan berempah mengandungi bau kuat dan boleh mencetuskan rasa loya dan muntah-muntah. Trimester pertama (bulan pertama) adalah masa lazim wanita mengandung akan merasa mual-mual dan ini sepadan masa embrio (bayi dalam kandungan) benar-benar lemah namun sesetengah wanita mengandung mengalami perasaan loya sepanjang masa mengandung. Tidak berapa jelas apa yang menyebabkan keadaan ini tetapi perubahan paras hormon, tekanan mengembara dan makanan tinggi protein dan lemak dikenalpasti sebagai punca munasabah untuk menerangkannya.

Seseorang ibu juga mengalami perubahanpada metobolisma serta kimia dalam badan, semasa bayi membesar dalam 9 bulan,perut ibu akan menjadi kilang kimia yang mengeluarkan banyak estrogen dan progesteron.

Kajian menunjukkannhanya 5% bayi dilahirkan tepat pada tempohnya (38/42 minggu),yang selebihnya semua terlebih bulan (sebabnya akan diterangkan pada post berikutnya).

Kesimpulannya, si suami perlu pastikan si isteri mendapat makanan yang berkhasiat dan kaya dengan vitamin, kalau ade maggie dekat rumah si suami perlu makan bagi habis supaya isteri tak dapat makan maggie. Dibawah ada sedikit tips makanan:

  • Mengamalkan 80% diet sayur-sayuran, jus buah-buahan dan biji-bijiran akan meletakkan badan kita ketahap sifat alkaline. 20% boleh mengandungi makanan masakan seperti ayam atau ikan (sebabnya sudah pun diterangkan dekat post bulan Mei, makanan kesihatan kalau tak silap). Sayur-sayuran mengandungi enzyme-enzyme hidup yang boleh menyuburkan dan meninggikan kadar kesihatan sel-sel tisu badan, proses ini hanya mengambil masa 15 minit selepas dimakan terutamanya jus-jus ekstrak dari sayur-sayuran yang segar dan mentah. Enzyme ini akan dihapuskan sekiranya sayuran tersebut dimasak melebihi suhu 40 darjah celcius.

Episod seterusnya kita akan membincangkan betapa azabnya ibu yang mengandung berdasarkan kajian angka yang dibuat....

0 comments: