CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
http://azlan5h30.blogspot.com

Thursday, June 24, 2010

RESEPI KOMET HELLY

Hari ini kita akan hasilkan sebuah komet,kita mula dengan menuangkan air didalam mangkuk,air digunakan kerana komet terbentuk daripada ais air,kemudia kita tambahkan beberapa sudu teh debu(komet mengandungi banyak debu,debu terdiri dari pelbagai jenis galian yang mengandungi banyak unsur berat seperti besi),kemudian kita tambah sedikit sirap jagung yang mengandungi carbon,hidrogen dan oksigen yang boleh dijumpai didalam komet,selepas itu kita tambah sedikit bahan pencuci tingkap(bahan utama didalam pencuci tingkap adalah ammonia,juga bahan kimia yang biasa ditemui didalam komet,kita gaulkan semua bahan ini didalam mangkuk adunan,sekarang kita boleh mula campurkan ais kering,akhir sekali semua bahan campuran tadi dimasukkan kedalam beg plastik untuk dibekukan.Inilah dia komet kita,seperti komet yang betul,ia bukannya berbentuk bulat,ia berbonjol-bonjol,berceracak dan dilitupi debu,jika kita gunakan cahaya lampu sebagai pengganti cahaya matahari,kita boleh nampak kesan cahaya matahari ini terhadap komet ini,apa yang berlaku ialah cahaya yang panas itu mula menyejatkan gas,semasa komet bergerak mengelilingi matahari,haba dari matahari mula mengewapkan sesetengah bahan organiknya yang mudah meruap dan ia mula kehilangan dalam ekor panjang yang boleh menganjur jauh dari komet itu.Selamat mencuba resepi komet ini.....ttt

Saturday, June 5, 2010

VITAMIN B17 DAN KEBAIKANNYA

Pada episod kali ini, kita akan mengetahui vitamin b17 yang dikatakan efektif untuk merawat pesakit kanser.

Secara semula jadi Vitamin B17 dinamakan nitriloside tetapi secara kimia dan lebih pekat bahan ini dinamakan laetrile. Laetrile mempunyai 4 elemen iaitu 2 elemen gula, 1 elemen cyanide dan 1 elemen benzaldehyde. Elemen cyanide adalah toksin dan walaupun pada dos yang kecil ia boleh membunuh seorang manusia dewasa. Benzaldehyde juga toksin dan ddapat membunuh walaupun dos yang kecil, jikalau 2 elemen ini disatukan toksinfikasinya akan menjadi 100 kali ganda lebih toksin kepada tubuh badan manusia. Tetapi 4 elemen didalam vitamin B17 ini terkunci ketat dan ia tidak merbahaya kepada kesihatan manusia.

Body in numbers siri 2

Kajian berdasarkan angka:

1)sperma=saiznya 2/1000 daripada seinci
=terbentuk didalam 547 ela sistem tiub
=24 kaki jaraknya untuk sperma ke ovum
=pergerakannya 28 batu sejam
=36 jam selepas persenyawaan,ovum akan membahagi

2)kapilari=terdapat 40 bilion didalam badan
=kalau disusun panjangnya akan menjadi 62000 batu
=jaraknya boleh mengelilingi 2.5 kali dunia
=1/20 dari ketabalan rambut manusia

Friday, June 4, 2010

SEL KANSER PART I

Kanser adalah penyakit yang membawa maut kedua terbesar didunia. Di AS 50% daripada kaum lelaki dan 25% daripada kaum wanita dianggarkan menghidap penyakit kanser. Pada masa kini berjuta-juta orang dibelenggu penyakit kanser atau telah pulih dari penyakit kanser namun ada terdapat banyak cara untuk mengelak dari menghidap penyakit kanser.

Sel kanser didalam tubuh badan manusia ialah sel-sel luar biasa atau abnormal sel yang berganda secara tidak terkawal. Sel-sel tubuh badan yang biasa hidup ianya berganda dan mati secara terkawal, apabila kita masih muda sel-sel yang paling mustahak ditubuh badan kita akan berganda lebih kerap sehingga kita mencapai peringkat dewasa. Apabila kita dewasa, sel-sel ini hanya berganda untuk menggantikan sel-sel yang telah mati, lemah atau mengubati luka-luka. Sel-sel kanser pula tumbuh dan berganda sepanjang hayat, sel-sel ini akan berganda ketahap yang melampau dan fenomena ini akan terbentuk tumor.

Wednesday, June 2, 2010

APA PENTINGNYA LOYA KETIKA PREGNANT???

Mengapa wanita mengalami loya dan mengidam sesetengah makanan ketika pregnant??

Tumbuhan mempunyai kimia beracun sebagai senjata melawan kulat dan serangga daripada memakannya, tetapi kulat dan serangga mempunyai enzyme yang dapat meneutralkan kimia beracun tersebut apabila memakannya, begitu juga dengan manusia, tetapi kimia beracun ini tidak baik kepada si ibu dan bayi dalam kandungan. Kebanyakan kimia racun ini kekal walaupun tumbuhan tersebut diproses untuk dijadikan rempah dan kopi. Jadi sebagai naluri (rasa loya) dan fugsi perlindungan bagi embrio dan ibu, inilah sebab wanita hamil tidak suka sesetengah benda, amat menarik kerana kimia racun tersebut tidak ada didalam roti dan pasta, mungkin ini menyebabkan wanita mengidamkannya.

Tuesday, June 1, 2010

PETA CINTA'S

kenapa manusia bercinta dengan orang tertentu?

-Bila imej terkina retina, isyarat akan dihantar kebelakang otak dimana tempat kita menyimpan maklumat tentang penglaman sensori. Diantara 5-8 tahun kita mula membina peta cinta, senarai separa sedar tentang ciri fizikal, kelakuan dan budaya yang kita lebih sukai. Setelah kita membesar dan menemui seseorang yang mirip senarai peta cinta tersebut, kita akan mula jatuh cinta. Kita gunakan otak untuk melihat, imej yang kita lihat akan dihantar dibahagian depan otak, dibahagian atas mata, dimana imej seksual ditafsirkan.