CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
http://azlan5h30.blogspot.com

Sunday, May 30, 2010

makanan kesihatan

Untuk memastikan anda semua mendapat 4.00 sem hadapan, berikut adalah formula genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kekuatan badan serta kepintaran dan kecerdasan daya ingatan:

Madu:
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai syifa' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar raja ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik, dan emzyme yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individual.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti cas fosforus, Fe, C, Mg, dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal mental. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Kismis:
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa serta lemah fikiran.

Susu segar:
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju,l emak dan air yang amat diperlukan untuk pertambahan badan dan otak. Merupakan makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri2 dan susu lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

Telur:
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, Ca, Cu, Mg, fosforus, kalium, sulfur, Na, CI, Fe, air dan bahan efektif. Telur terutamanya telur kuning berupaya mengatasi kelemahan tenaga fizikal dan minda. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan masih baru.

Halia:
Sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

Limau oren:
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran. Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

Bunga kubis:
Terdapat sejenis asid amino didalam sayuran yang mampu menguatkan tenaga mental.

Bunga cengkih:
Ditumbuk sehingga halus dan dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

Labu:
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambah kemampuan fikiran dan akal.

Tongkat ali:
Dipercayai dapat memperbaiki pengaliran darah, selain digunakan untuk rawatan pening kepala, luka dan kurap. Kajian secara saintifik yang dilakukan keatasnya menunjukkan bahan itu memberi kesan antimalaria dan sitotoksik terhadap beberapa panel sel kanser payu dara, paru-paru dan kulit.

Pegaga:
Diamalkan dalam pemakanan seharian sebagai ulam, kerana dipercayai memperbaiki pengedaran darah. Kerana khasiat ini jugalah maka ia digunakan sebagai salah satu ramuan penting bagi wanita yang baru bersalin untuk melancarkan peredaran darah dan memulihkan kelesuan.

Daging:
Daging ayam berbanding dengan semua jenis daging. Daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

Selamat mencuba dan sebar-sebarkan kepada seksyen k26, k27 dan 5h 30a dan termasuk seksyen2 yang lain.

0 comments: